Rambut itu mahkota wanita, sebab itulah ramai yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk mendapatkan rambut yang sihat, lembut dan bersinar. Pasti ramai yang kecewa jika rambut yang dimiliki rosak akibat rawatan rambut yang tidak betul dan berkesan.
Mengapa kecantikan rambut amat diberi perhatian oleh kaum wanita? Jawapannya cukup mudah, ia boleh mempengaruhi penampilan seseorang. Rambut yang tidak terurus sudah pasti akan membuatkan seseorang itu kelihatan tidak menarik. Oleh itu, rambut perlu sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya agar ia sihat dan bermaya. Pasti anda tidak mahu menghadapi masalah keguguran rambut, rambut kasar dan mengerbang, rambut bercabang atau yang lebih teruk lagi dijangkiti kutu kepala.

Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan rambut yang sihat berseri? Paling penting, anda harus tahu mengenai penjagaan rambut yang asas. Penggunaan syampu dan perapi yang tepat amat penting untuk tujuan ini. Untuk mengetahui syampu dan perapi yang mana sesuai dengan rambut anda, pastikan anda tahu jenis rambut dan masalah rambut anda terlebih dahulu.
Setiap wanita harus tahu jenis rambut yang dimiliki sama ada jenis kering, berminyak, kusut, mengerbang, rosak, tidak kuat (mudah putus), normal atau berwarna. Setelah mengetahui jenis rambut yang dimiliki barulah boleh memilih syampu dan perapi yang tepat. Jika tersalah pilih, rambut akan bertambah rosak!
“Atas sebab itulah, jangan pandang remeh tentang pemilihan syampu dan perapi. Untuk memiliki rambut idaman, pilihlah yang paling sesuai atau tepat untuk rambut. Selain itu, teknik menyampu rambut juga perlu betul. Cara yang salah akan menyebabkan akar rambut mudah tercabut.
* p/s: sharing from internet ! =)
No comments:
Post a Comment
Life of EMY...