Monday, June 21, 2010

PELAJAR MATI TUMPAH DARAH



KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pasir Mas, dekat sini, panik apabila teman wanitanya tiba-tiba rebah dan pengsan dipercayai akibat keguguran yang menyebabkan pendarahan teruk sebelum meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, pergi ke resort berkenaan dengan membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya, kira-kira jam 9 pagi.

Sebaik tiba di resort berkenaan, teman lelaki mangsa yang juga berusia 17 tahun, mendaftar masuk sebuah bilik di situ, namun difahamkan, sejurus tiba di depan bilik itu, gadis terbabit ‘tumpah darah’ teruk dipercayai akibat keguguran.

Panik dengan situasi dihadapi itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian menimpa teman wanitanya kepada seorang petugas di kaunter penyambut tetamu resort berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Pemuda berkenaan dikatakan memberitahu teman wanitanya pengsan dalam bilik, namun apabila diperiksa, gadis terbabit didapati sudah meninggal dunia.

Sumber memberitahu, pekerja resort yang bergegas ke bilik berkenaan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah, lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut. (copy from HARIAN METRO)


picture ini mungkin tidak berkaitan. hehe...

p/s: ish, macam neh punya owang pon ade ka? (conpius jap) memalukan betol. gf da pregnant pon still nak menyewa resort? ayoo... budak-budak zaman skunk da terlebey advance betol. bila da jadi camni sape yang susah? ish... ish...

4 comments:

  1. so, ini adalah peringatan & pengajaran untuk budak-budak zaman sekarang. Ikut rasa binasa, ikut hati mati..>.<

    ReplyDelete
  2. erk.....ngerinyer....

    camner leh keguguran tibe2 yer....ke mmg telan pil untuk gugurkan kandungan...

    ReplyDelete
  3. shah_corleone:
    tu la...
    mayb da plan awal2.
    hehe... =P

    ReplyDelete
  4. soclose2213 :
    ya, ur rite ! =)

    ReplyDelete

Life of EMY...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FEEDJIT Live Traffic Feed