seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu si anak menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu...
si ibu segera mengesatkan tangannya di apron dan menyambut kertas yang di hulurkan oleh si anak lalu membacanya...
kos upah membantu ibu:
1)tolong pergi kedai :RM4.00
2)tolong jaga adik :RM4.00
3)tolong buang sampah :RM1.00
4)tolong kemas bilik :RM2.00
5)tolong siram bunga :RM3.00
6)tolong sapu sampah :RM3.00
Jumlah : RM17.00
selesai membaca,si ibu tersenyum memandang si anak sambil berlegar2 di mindanya...si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama...
1)kos mengandungkanmu 9 bulan-PERCUMA
2)kos berjaga malam kerana menjagamu-PERCUMA
3)kos air mata menitis keranamu-PERCUMA
4)kos kerunsingan kerana bimbangkanmu-PERCUMA
5)kos menyediakan makan,minum,pakaian dan keperluanmu-PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasih sayangku-PERCUMA
air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang di tuliskan oleh si ibu...si anak menatap wajah si ibu,memeluk dan berkata,
"saya sayangkan ibu"
kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya...~
*p/s: jangan la kite terlalu berkira wif our parents. they r doing everything to us more than everything. i <3 u mom & dad. ;)
No comments:
Post a Comment
Life of EMY...