Wednesday, February 24, 2010

TEN TIPS FOR 2010

10 great tips for 2010
1. STAY OUT OF TROUBLE
2. AIM FOR GREATER HEIGHTS

3. STAY FOCUSED ON YOUR JOB

4. EXCERSICE TO MAINTAIN GOOD HEALTH
4. PRACTICE TEAM WORK
6. RELY ON YOUR TRUSTED PARTNER TO WATCH YOUR BACK.
TAKE YOUR TIME TRUSTING OTHERS

7. SAVE FOR RAINY DAYS

8. REST AND RELAX

9. ALWAYS TAKE TIME TO SMILE

10. REALIZE THAT NOTHING IS IMPOSSIBLE
THE SENILITY PRAYER : grant me the senility to forget the people I never liked anyway, the good fortune to run into the ones I do, and the eyesight to tell the difference.
Now... you are supposed to share this with a bunch of your friends.
And remember this:
" You don't stop laughing because you grow old,
you grow old because you stop laughing !!! "


*p/s: just forwarded from my email ! it's look funny rite ? CUTE !!! =)

Tuesday, February 23, 2010

END OF TARI TIRANA


uuwwaaaaaa... =( TARI TIRANA da abes ! cedeynya. haish ! tapi ape pon last part cite neh memang bikin gua tacing la beb ! warghhh ! emotional abes especially part NEO mati n TIRANA xdapat terima kenyatan. waaaaa... sungguh cedey tym tuh okeyh ! kalo jadi kat ak pon haish boley gile woo... tapi mintak jauh la tuh sume. sangat cedey bile owang yang kite sayang meninggalkan kite rite? hurmm... nak2 dekat dengan hari kebahagiaan dowang ! warghhh !!! lagi cedey orh ! xdapat ku bayangkan. hurmm... (mood: tacing bawu pas tengok last episod tari tirana) but for me not bad, enjoy gak la cite neh walaupon permulaan dye agak xbesh sangat tapi part2 akhir wah !!! memang tacing abes. i loike okeyh ! haha... kalo sape yang terlepas peluang tuk tengok dis drama layari la di www.tv3.com.my. kat cini kowang ley tengok dari first episod untill last episod taw. haha... =) ok la, enjoy yaww !!!



Monday, February 22, 2010

PERASAAN SEORANG PENGANGGUR



Penganngur ? warghhh !!! almost 3 month ak menjadi seowang penganggur yang berjaye okeyh ! hidupku sungguh BOSAN !!! setiap hari perkara yang sama akan dilakukan, bangon tido, mandi, makan n tengok tv. itulah yang ak lalui selama hampir 3 bulan ! haish ! skunk ak memahami bagaimana perasaan seowang penganggur yang berjaye. hahaha... actually ak bukanlah akan menjadi penganggur tetap but it's only for a while. bulan 5 nanti ak akan menjadi student yang cemerlang kembali. wah !!! cemerlang ke? (poyo jerk ! jangan nak pasan okeyh ! ) hehe... =P walaupon for a while but ak xley nak tunggu lagi. hanya 1 ayat saje yang sentiasa bermen dikepala otak ku yang agak makin nak membeku neh BOSAN !!! BOSAN !!! n... BOSAN !!! (eee... damn it ! ) haish ! sabar jela emy. nanti bila da start study, study pulak d katakan bosan. manusia memang camni kan, x pernah puas dengan pe yang d bwat termasuk la ak. hehehe... =P entry kali neh actually saje untuk meluahkan tahap kebosanan ku yang agak kritikal sudah ! haha... harap2 de la owang sudi nak baca entry merepek ni ye. (annoying betul budak neh ) lalalalalalalala... ~ =))




*p/s: marilah kite same2 jadi penganggur yang berjaye ! yeyh !!! penganggur diluar sana yang punya pasaan seperti ku, luahkan lah pasaan kamo itu d cni. (cewah, ayat xley bla ! )

Sunday, February 21, 2010

KONTRAK KE NERAKA !


KUALA LUMPUR: Mereka rela bekerja sebagai gadis urut kerana mahukan wang lumayan dengan cara mudah tanpa mengira halal haram, namun impian itu tidak kesampaian selepas terperangkap dengan kontrak disediakan tauke rumah urut.

Lebih menakutkan, mereka diwajibkan bekerja tidak kurang dari 10 bulan dan tauke memberi amaran akan menghantar samseng untuk mencari gadis urut yang berhenti kerja atau melarikan diri sebelum cukup tempoh itu.

Perkara itu didedahkan seorang gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Camelia, 27, selepas menyesali perbuatannya dan berasa diperbodohkan oleh majikan sepanjang bekerja sebagai tukang urut.


Dia kini melarikan diri daripada bekerja di premis rumah urut berkenaan dan mahu mencari pekerjaan lain.


Camelia berkata, ketika diterima bekerja, dia diwajibkan menandatangani kontrak bekerja selama 10 bulan dengan merelakan gaji dipotong sebanyak RM400 sebulan, sekali gus membolehkan si tauke memperoleh untung atas angin sebanyak RM4,000.

Selain dipotong RM400, kontrak berkenaan memerlukan wanita terbabit merelakan apa saja potongan yang dibuat.


“Jika premis kena samun atau rompak, gaji kami kena potong sekitar RM100 hingga RM150. Jika lewat datang kerja sejam kena potong RM100 dan jika tidak datang kerja gaji kena potong antara RM200 hingga RM300. Dari semasa ke semasa ada saja potongan gaji yang dikenakan ikut suka hati mereka,” katanya.


Menurutnya, beberapa syarat dikenakan juga tidak masuk akal, antaranya jika sakit perlu datang ke premis untuk tempoh lebih dua jam bagi membuktikan benar-benar sakit.


“Paling saya takut, jika tidak bekerja sehingga tamat kontrak, tauke akan cari sehingga ke rumah dan melakukan lagak seperti samseng. Ada rakan yang lari pernah kena begitu. Sekarang saya takut juga kerana melarikan diri daripada bekerja di premis itu,” katanya.

Rozita mengakui menyesal bekerja sebagai tukang urut dan menasihati wanita lain supaya tidak melakukannya.


“Memang pekerjaan itu kononnya boleh dapat banyak wang, tetapi kita sebenarnya dipergunakan habis-habisan,” katanya.

*p/s: kerana nak kejar kekayaan ape saje sanggup dilakukan. haish ! actually banyak lagi keje yang halal, x payahla nak kaya cepat akibatnya termakan diri sendiri. jangan cepat percaye dengan perkara yang boley cepat kaya!  hurmm... =( dis article forwarded from HARIAN METRO. sekadar untuk berkongsi.

Saturday, February 20, 2010

CERITA HITAM PUTIH KAMI

ouh, cerite kami ! owang kate kami sangat gewdix ! betul ke? xHERAN ! kami xkesah. ape kami mau bwat itu kami punya suke la... =) ouh, ini cerite hitam putih kami yang sungguh shwit ! (suke puji diri sendiri. )

ouh cerite kami lagi ! kami sungguh poyo? never mind yang penting kami hepy together. =) kami sungguh serasi bersama, segalanya dilakukan bersama. ouh, kami sangat bahagia dan fun ! itu lah cite hitam putih kami. =)

ouh, cerita kami again n again. xpernah abes cerita kami. kamo bosan? it's ok, just go away from us ! (ayat yang amat kejam. i'm sowi ) hehe... banyak cerite berkaitan kami, haish ! memang sampai bila-bila xkan abes coz kami akan stay together foreva ! amin... =))

ouh, cerita lagi. kami xpernah bosan bersama, cerita hitam putih kami sangat bermakna. walau ramai yang mencemburui kami, kami tetap cool n shwit. of coz ! haha... (perasan lebey)

ouh, cerita kami ! laugh together, have fun together, hepy together, crying together, n paling penting snap gewdix must b together ! =P sungguh seronok. =) cerita hitam putih kami xpernah abes, kami sentiasa bahagia. itulah cerita kami ! (just for fun! )
~THE END ~





MANGSA CINTA TERPENDAM


AMPANG: Berang kerana cinta dipendamnya selama tiga tahun tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan menendang perut wanita pujaan hatinya itu sehingga mangsa pengsan dalam kejadian di tingkat bawah sebuah rumah kedai dua tingkat di sini, Isnin lalu.

Tidak cukup dengan itu, wanita malang berusia 22 tahun itu turut cedera di kepala dan telinga akibat diketuk dengan mangga kunci rumah kedai oleh lelaki gila bayang terbabit.

Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit berkunjung ke rumah mangsa sebelum menjerit sekuat hati memanggil nama wanita itu dari luar kerana mahu mendapatkan kepastian mengenai cintanya kepada mangsa.

Menurut sumber polis, tidak cukup dengan memarahi mangsa, lelaki terbabit yang naik berang kerana cintanya tidak dibalas kemudian mengetuk kepala mangsa berkali-kali dengan mangga kunci.

“Akibat ketukan itu, kepala serta telinga mangsa berdarah. Mangsa hanya mampu menangis sambil menahan kesakitan dan meminta dilepaskan namun rayuannya itu tidak dilayan lelaki terbabit,” katanya.

Katanya, lelaki itu yang hilang pertimbangan kemudian menampar muka mangsa dan kemuncaknya dia menendang perut wanita berkenaan sehingga menyebabkannya pengsan.

“Melihat mangsa rebah, lelaki terbabit segera beredar dari situ dengan meninggalkan wanita itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.


*p/s: this article from HARIAN METRO. actually benda macam neh x patut berlaku sama sekali. CINTA x boley dipaksa okeyh ! neh sume bermen dengan perasaan dan hati setiap individu. kejam betul dat guy sanggup bwat gurl tuh sampai macam tuh. betul2 dayus ! huh ! kalo sayang sekalipon tapi jangan sampai dibelasah. rite? =( tapi ak tawu xsume lelaki macam neh kan, sape setuju?? hehe... =))

Thursday, February 18, 2010

PENGESAHAN JAKIM !



1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

  • McDonald

  • A&W

  • Secret Recipe

2. Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

  • Victoria Station

  • Kam Lun Tai

  • Lotus Family Restoran

3. Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM

  • San Francisco Steakhouse

  • Chicken Rice shop

  • Kiwi Express

4. Bagi minuman rin gan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM

5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

6. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM

7. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

8. Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM

9. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus

10. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM

11. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual

12. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM

13. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut

wallahu'alam


*p/s: ini hanya perkongsian dari email yang saye terima. percaya atau tidak, terpulang...

Tuesday, February 16, 2010

REUNION GEMPAK !

on 15 february it was last nite, kitowang ade kan REUNION class 4/5 YAKIN'05. sungguh seronok n we had fun ! =) sangat hepy bila masing2 lama tidak berjumpa. macam2 cite dikuar kan, about study, bout life n everything. gosip? of coz... gurlz xde gosip xsah okeyh ! haha... bila dah berkumpul bawu la dapat tawu perkembangan diri masing2, sungguh meriah. dat event seramai 16 owang yang walaupon xsume yang dapat datang it's ok la dari xde langsung, rite? hee... kami berkumpul disebuah kedai makan. at least sambil berborak-borak, bergelak ketawa, bergosip-gosip kami boley mengisi pewot yang lapar neh jugak. haha... sungguh kecoh dat nite ! nasib bek tuan kedai memahami kalo x da lama kami dihalaunya. haha... ( sowi ye tuan kedai ) afta penat bergelak ketawa, berborak dan pewot pon da penuh next aktiviti plak. tteeetttttt... guest wat? (ish, men teka2 plak) haaa... kowang sume da tawu rite pe lagi kalo bukan snap2 gewdix dari kami. aktiviti WAJIB okeyh ! haha... jom, tengok2 aksi kami yang agak keshengalan neh... =P

check it out...




*p/s: for more snap2 gewdix kami layari la ke FACEBOOK saye ! hee... =)

Sunday, February 14, 2010

SHWIT NEW LAYOUT



i'm so hepy! =) come tak a look my NEW LAYOUT blog. it's pinky black! wah! i'm so excited wif dat. i'm really2 thax to my lovely fwenz SHAK, dye yang bwat kan ak dis layout. cantek bukan?? hee... thax my dear... =) thank u so much. kowang pe lagi jom singgah2 di blog pinky ku ini sambil mengklick2 nuff ku... =) hehe... (teruja sangat)

AKU WANITA BIASA

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku
Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku

Friday, February 12, 2010

CONTEST TEKA MATA CIK BUNBUN


okeyh, bulan neh entry ak akan penuh dengan CONTEST dari blogger sahaja. haha... walaupon contest2 yang ak menjoinkan diri sentiasa tewas, tapi semangat berjuang tetap ade dalam diriku. haha... (ayat poyo abes!) kali neh ak menjoinkan diri dalam contest cik BUNBUN kite iaitu teka mata cik BUBUN. so, agak susah tuk ak menekanya, tapi yang pasti mata paling cantek tu lah miliknya rite? hee... (de maksud len neh) =)

okeyh, before kowang menjoinkan diri jom kite tengok syarat2 nya dulu...




CARA-CARA PENYERTAAN

Anda perlu meneka antara mata-mata cantik ni, yang mana adalah mata cik bunbun okeyy ;)Ada tiga mata cik bunbun dalam tu. Ada mata normal, mata kuyu dan mata terbelalak. Hikhik:D Tuliskan jawapan anda seperti ini:
Mata CANTIK kepunyaan cik bunbun adalah mata yang bernombor […][…][…]
Cantik tu yang penting. Hakhakk. :D goli eden hah.
Soalan bonus : sila teka mata cik ebby.Tulis macam ni :
Mata kepunyaan cik ebby adalah mata yang bernombor […]
Kemudian, Tulis di bawah jawapan anda seperti ini :
Saya mendapat tahu tentang contest ini daripada […cik bunbun sendiri…]
Kalau ada yang mempromosikan contest ni, Aii pun berkenan untuk memberi hadiah kepada peserta yang paling banyak mempromosikan contest ini (referrer)

HADIAH

Belum diputuskan lagi. Mungkin sebungkus wang emas (dalamnye coklat), mungkin henset corby Samsung yang comel dan blackberry yang menjadi phoojaan ramai dan mungkin jugak sebuah villa dengan kolam renang. Berangan jeklaaa. Kalau nak hadiah macamtu kena doakan aii kawen dengan orang kaya. Hakhak:D Mungkin wang tunai ataw barang-barang bernilai RM20 keatas. Almaklumla.. aii kerja sebagai penganggur antarabangsa jek. Hikk. :D

TERMA DAN SYARAT

Anda mestilah blogger yang mempunyai blog. Apakah blogger yang tak ada blog? Hekk Sesiapa yang belum menjadi follower perlulah mempollow dengan seikhlas hati. Supaya senang nak tawu perkembangan contest ni. Lepas dah habes contest, dah taknak follow pun takpe. Aku faham… haila..Anda wajib muakkad untuk mempromo contest ini dengan meletakkan banner di sidebar anda dan linkkan kepada contest ini. WAJIB MUAKKAD ni. Nanti aku buat spotcek. Sape yang tak letak kene berdiri atas bangku. Hakhakk!Anda perlulah menjawab kedua-dua soalan iaitu termasuk soalan bonus

Tarikh tutup penyertaan pada 15 MAC 2010 sempena ulangtahun belog ini.Pemenang akan dipilih melalui cabutan sekiranya ramai yang memberikan jawapan yang betul.Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan link dekat ruangan komen oke. Tulis macam ni. http://..... Senang cik bunbun yang pemalas ni nak buat kerja nanti.Senang je kan??

Jadi ape lagi, jom join ramai-ramai yokk! ;)

p/s : tiada mata yang tercedera semasa pembikinan contest ini :D

p/s 2: contest ini diadakan sempena menghargai follower belog ini. Thanx guys! Nak tiyom sorang-sorang tak larat pulak hehh.Sekian ;)
okeyh, now ni jawapan yang ak agak2 betul la... hehe... =P
  • Mata CANTIK kepunyaan Cik BUNBUN adalah mata yang bernombor [1][6][9]
  • Mata kepunyaan cik ebby adalah mata yang bernombor [4]
  • Saya mendapat tahu tentang contest ini daripada Cik BUBUN sendiri

okeyh, dat it! jom ramai2 menjoinkan diri ke contest ini okeyh! =P

HAPPY CHINESE NEW YEAR


bermula lah cuti panjang bagi golongan pelajar2 'U' dan golongan yang sewaktu dengannya! haha... (ayat xley bla!) bagi yang nak balek kampung... "drive safely okeyh". Malam neh ak pasti di highway mesti jem gle macam sardin! (da la jem, sardin plak. mane 1?) hee... da la emy farhana mohd razak, STOP it okeyh! jangan merepek lagi. wink2! ~

ok la... kat cini ak nak ucapkan " HAPPY CHINESE NEW YEAR" to all people out there yang menyambutnya. sambutlah dengan penuh kegembiraan ye... =) hee...

AIR MATA CINTA



My faveret cite AIR MATA CINTA. sungguh mengasyikkan melihat betapa kuatnya cinta dan kaseh sayang antara RAFKA CINTA. ouh, sungguh terharu. waaa... ='( setiap kali tengok cite neh mesti ak nanges orh! kuat betul dye punya penangan. ish! setiap kali tuh jugak ak teringat kenangan lama ku bersama dye. dye memanggil ku "CINTA" (mood: cedey tahap baban). ish, i want crying!!! ="( stop it emy kang lari tajuk plak. hee... tapi yang penting RAFKA sungguh comel, i tell u. (awww... haha ) beshnya kalo ak dapat lelaki seikhlas dan sejujur RAFKA kan? memang bertuah gua cakap sama lu... (ayat poyo!) hahaha... ok la... sape2 yang belom tengok cite neh ak suggest kan kowang tengok la ye. xrugi pon. hee... (promote2) cite dye setiap isnin - jumaat, pukul 3 kat astro prima. tengok, jangan x tengok. yeyh! =)
come check it out OST AIR MATA CINTA

Thursday, February 11, 2010

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT


  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

*p/s: Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

DE'ALYA GIVEAWAY CONTEST



siapa nak join giveaway ni...sila2 la yer...tarikh tutup sebulan dari sekarang iaitu 28 Februari 2010 bersamaan hari Ahad tepat jam 11.00 pagi selepas dari tarikh,hari dan masa tersebutpenyertaan takkan di terima..hehehe...jangan kelam kabut,masih banyak masa lagi..syarat2 nak join simple jer


nak wat entry takper,takmau buat pun takper

follow dan add link blog ni kat blog anda (untuk memudahkan anda tahu perkembangan giveaway ni)

tinggalkan komen di entry ni supaya saya tahu siapa yg turut serta

kalo buat entry kat blog jgn lupa tinggalkan link yer
tu saja syarat2 nya..mudah kan...hadiah???dalam gambar kat atas..fabric chiffon 1.5 metersama ada kaler orange atau purple bakal menjadi milik anda


*p/s: jom kite beramai2 menjoinkan diri ke contest DE'Alya GIVEAWAY. yeyh! =)

CONTEST " SERLAHKAN DIRIMU "


hye sume. ok, dis is my 2nd tym dalam menyertai contest2 yang dianjurkan oleh blogger2 kite. ak agak teruja untuk menjoinkan diri di contest yang di anjurkan oleh pinky pwincess "SERLAHKAN DIRIMU". contest ini agak menarik, tuan empunya juga cantek. (ececeh... menggoda nampak! ) haha...

ok, sape2 yang sudi untuk menyertai contest neh... syarat2 nya ialah (tolong baca sendiri okeyh! hee... )

1. terbuka sesiapa sahaja yang ade blog sendiri.

2.Letakkan contest banner berikut di sidebar blog anda dan banner tersebut mestilah link ke kepada blog cik pinky pwincess ini (klu xde link, penyertaan anda dianggap tidak lengkap syarat ye)

3. sila letakkan blog cik pinkypwincess di bloglist anda

4. WAJIB jadi follower sy agar anda tidak terlepas daripada mengetahui siapa pemenang contest ini kelak.. ;)

5. Buat entri mengenai contest ini dgn tajuk "cOntesT sErLaHkAn DiRiMu" ....Didalam entri anda juga perlu ada backlink ke blog saye ini

6. Letakkan gambar individu anda yg mane anda rase anda kelihatan menyerlah didalam gambar itu..xkisahlah gmbr close up muke je ke, half body ke, full body ke..yg penting pic itu adalah diri anda sendiri.

7. Nyatakan ape masalah kulit anda atau pun ape yg anda inginkan untuk kulit wajah anda..contoh nye masalah jerawat, masalah kulit berminyak, masalah kulit kering ..pigmentation,nk mencerahkan kulit, nk kecikkan liang pori2, nk menegangkan kulit muke dan ape2 sajelah. ini penting supaya sy tahu ape yg sesuai untuk kulit anda apabila pemberian hadiah kelak sekiranya anda berjaya.

8. Di dlm entri anda sila nyatakan anda mengetahui contest ini dari blog siapa.

9.Sila tinggalkan URL contest anda di ruangan komen pada entri ini.(sekiranya letak url di komen pada ruangan entri yg laen, penyertaan anda tidak akn diterima.) dats it!



Tarikh tutup :15-02-2010


okeyh, ni pic yang ak pilih. pic neh ak rase diri ku sangat menyerlah. haha... (angkat bakul sendiri) tapi xkesah lah pe owang nak kate. hee... for me, i hav a big problem wif my skin especially pimples n oily skin. da macam2 cara, segala jenis ubatan n dokter telah ku temui tapi masih tiada penyelesaian. ( ayat nak poyo je) hee... so ak berharap dat problem will be solve. =)contest ini i dapat dari blog kamo sendiri cik pinky pwincess. so, nice to see u. =)

Tuesday, February 9, 2010

CERITA KASEH SAYANG


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kaseh sayang.

Pelajar: "cikgu, macam mane kite nak pilih seseorang yang terbaek sebagai orang yang paling kite sayang? macam mane juga kaseh sayang itu nak berkekalan? "

Cikgu: " ok, kamu ikot ape yang saye suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih rumput yang paling CANTEK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling CANTEK, bawa ke kelas."
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pon ditangannya.

Cikgu: " kenape tiada rumput yang dipilih? "

Pelajar: " tadi mase saye berjalan, saye carilah rumput yang paling CANTEK. Memang ade banyak yang cantek tapi cikgu kate petik yang paling CANTEK, maka saye pon terus berjalan ke depan ambil mencari yang paling cantek tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saye xjumpa pon yang paling cantek. Mungkin ade diantara yang dibelakang saye tadi rumput yang paling cantek tapi dah cikgu cakap xboley menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saye boleh petik. "

Cikgu: " ya, itulah jawapannya. Maknanye apabila kite telah berjumpa dengan seseorang yang kite sayang, janganlah kite mencari lagi yang lebih baek dari itu. Kite patut hargai orang yang berada didepan kite sebaek-baeknya. Jangan kite menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kite sayang itulah yang paling cantek dan paling baek. Maupon nak ikotkan banyak lagi yang cantek dan baek seperti rumput tadi.
*p/s: hayatilah kesah kasih sayang neh. sungguh terharu dibwatnya. hurmmm... janganlah kite sia2 kan owang yang kite paling sayang okeyh! =) peace!

Sunday, February 7, 2010

NEWS... NEWS... NEWS...


di Melaka, kegembiraan lima bersaudara membeli-belah bertukar menjadi pengalaman buruk apabila wang tunai RM1000 hilang sekelip mata selepas beg tangan disandang dipercayai ditoreh penjenayah di JONKER STREET, kelmarin.


" ketika beliau dilanggar kuat di Jonker Street, dia memarahi individu terbabit tetapi tidak mengesyaki sesuatu buruk berlaku kepadanya. katanya dia hairan kerana tidak merasai apa-apa ketika begnya diperlakukan sedemikian, tambahan pula kakaknya berjalan dibelakangnya tetapi tidak menyedari apa yang berlaku. "
*p/s: sape2 yang kaki shopping tuh especially gurls, berhati hati lah kamo ye... ni 1 pengajaran bwat kite n diri ku jua. hahaha... (ayat xley bla! =P )

Tuesday, February 2, 2010

PART 2 (NADIA&KHUSRY) - AKAD NIKAH

now kesah perkahwinan kakak ku NADIA dan suaminya KHUSRY sudah masuk pada PART 2. tik... tok... tik... tok... almost 1 month already dowang kahwin. rase teramat sekejap sekali, ak hepy tengok dowang hidup bahagia . =) hurmm... bila plak turn ak ye?? (mengelamun sebentar) haha... ish, STOP it la emy! jangan merepek lagi. jom kite upload pic plak. hee... =)
check it out...

selesai make-up. kelihatan sangat berbeza! =)
disoal oleh tok kadi.
"anda benar2 masih single?" haha...=P
akad nikah berjalan.
(sekali lafaz je. cayalah bro!) =P
bersama family pihak perempuan
me, abangku n my sis wif her husband.
to k.ta: sowi ye xde dalam pic. hee... =P
jejaka2 gantan! hee... =P


*p/s: semoga bahagia sampai akhir hayat n now dengar da pandai masak! gud2. =) haha...

Monday, February 1, 2010

MURID MAUT DIREMPUH BAS SEKOLAH

IPOH: Seorang murid Tahun Lima yang menunggang basikal untuk ke sekolah pagi ini maut apabila dirempuh sebuah bas sekolah di kawasan taman perumahan Bercham di sini.
Lim Jian Wei, 11, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bercham cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kejadian berlaku ketika kanak-kanak terbabit yang berasal dari Taman Pakatan Bercham menunggang basikal untuk ke sekolah pada 6.55 pagi. Beliau berkata kejadian dilapor berlaku ketika bas itu membelok ke kiri jalan dan tanpa disedari merempuh murid terbabit yang berhenti di simpang jalan menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh dan di gilis tayar belakang bas. "Kejadian berlaku ketika bas yang membawa pelajar dari Taman Bercham dalam perjalanan ke sebuah sekolah di sini," katanya ketika dihubungi di sini.
*p/s: sangat menyayat hati. kepala budak tuh hancur okeyh! urf... sangat tragis sekali. mintak jauh sume neh ya Allah. ape-ape pon kite ucapkan takziah kepada keluarga beliau. =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FEEDJIT Live Traffic Feed