AMPANG: Berang kerana cinta dipendamnya selama tiga tahun tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan menendang perut wanita pujaan hatinya itu sehingga mangsa pengsan dalam kejadian di tingkat bawah sebuah rumah kedai dua tingkat di sini, Isnin lalu.
Tidak cukup dengan itu, wanita malang berusia 22 tahun itu turut cedera di kepala dan telinga akibat diketuk dengan mangga kunci rumah kedai oleh lelaki gila bayang terbabit.
Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit berkunjung ke rumah mangsa sebelum menjerit sekuat hati memanggil nama wanita itu dari luar kerana mahu mendapatkan kepastian mengenai cintanya kepada mangsa.
Menurut sumber polis, tidak cukup dengan memarahi mangsa, lelaki terbabit yang naik berang kerana cintanya tidak dibalas kemudian mengetuk kepala mangsa berkali-kali dengan mangga kunci.
“Akibat ketukan itu, kepala serta telinga mangsa berdarah. Mangsa hanya mampu menangis sambil menahan kesakitan dan meminta dilepaskan namun rayuannya itu tidak dilayan lelaki terbabit,” katanya.
Katanya, lelaki itu yang hilang pertimbangan kemudian menampar muka mangsa dan kemuncaknya dia menendang perut wanita berkenaan sehingga menyebabkannya pengsan.
“Melihat mangsa rebah, lelaki terbabit segera beredar dari situ dengan meninggalkan wanita itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
*p/s: this article from HARIAN METRO. actually benda macam neh x patut berlaku sama sekali. CINTA x boley dipaksa okeyh ! neh sume bermen dengan perasaan dan hati setiap individu. kejam betul dat guy sanggup bwat gurl tuh sampai macam tuh. betul2 dayus ! huh ! kalo sayang sekalipon tapi jangan sampai dibelasah. rite? =( tapi ak tawu xsume lelaki macam neh kan, sape setuju?? hehe... =))
No comments:
Post a Comment
Life of EMY...