Sunday, February 21, 2010

KONTRAK KE NERAKA !


KUALA LUMPUR: Mereka rela bekerja sebagai gadis urut kerana mahukan wang lumayan dengan cara mudah tanpa mengira halal haram, namun impian itu tidak kesampaian selepas terperangkap dengan kontrak disediakan tauke rumah urut.

Lebih menakutkan, mereka diwajibkan bekerja tidak kurang dari 10 bulan dan tauke memberi amaran akan menghantar samseng untuk mencari gadis urut yang berhenti kerja atau melarikan diri sebelum cukup tempoh itu.

Perkara itu didedahkan seorang gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Camelia, 27, selepas menyesali perbuatannya dan berasa diperbodohkan oleh majikan sepanjang bekerja sebagai tukang urut.


Dia kini melarikan diri daripada bekerja di premis rumah urut berkenaan dan mahu mencari pekerjaan lain.


Camelia berkata, ketika diterima bekerja, dia diwajibkan menandatangani kontrak bekerja selama 10 bulan dengan merelakan gaji dipotong sebanyak RM400 sebulan, sekali gus membolehkan si tauke memperoleh untung atas angin sebanyak RM4,000.

Selain dipotong RM400, kontrak berkenaan memerlukan wanita terbabit merelakan apa saja potongan yang dibuat.


“Jika premis kena samun atau rompak, gaji kami kena potong sekitar RM100 hingga RM150. Jika lewat datang kerja sejam kena potong RM100 dan jika tidak datang kerja gaji kena potong antara RM200 hingga RM300. Dari semasa ke semasa ada saja potongan gaji yang dikenakan ikut suka hati mereka,” katanya.


Menurutnya, beberapa syarat dikenakan juga tidak masuk akal, antaranya jika sakit perlu datang ke premis untuk tempoh lebih dua jam bagi membuktikan benar-benar sakit.


“Paling saya takut, jika tidak bekerja sehingga tamat kontrak, tauke akan cari sehingga ke rumah dan melakukan lagak seperti samseng. Ada rakan yang lari pernah kena begitu. Sekarang saya takut juga kerana melarikan diri daripada bekerja di premis itu,” katanya.

Rozita mengakui menyesal bekerja sebagai tukang urut dan menasihati wanita lain supaya tidak melakukannya.


“Memang pekerjaan itu kononnya boleh dapat banyak wang, tetapi kita sebenarnya dipergunakan habis-habisan,” katanya.

*p/s: kerana nak kejar kekayaan ape saje sanggup dilakukan. haish ! actually banyak lagi keje yang halal, x payahla nak kaya cepat akibatnya termakan diri sendiri. jangan cepat percaye dengan perkara yang boley cepat kaya!  hurmm... =( dis article forwarded from HARIAN METRO. sekadar untuk berkongsi.

5 comments:

  1. oopss..i think harian metro terdedahkan nme camelia sndiri xO

    ReplyDelete
  2. fuh...kerja yg sangat bahaya juge ni....huhuhu...

    ReplyDelete
  3. macam2 kerja dah skrg ni
    halal haram nak sama banyak

    ReplyDelete
  4. yes.
    tawu xper...
    skunk cam da xley beza dh mne keje haram or x.
    diri sendiri kena pandai pk. =)

    ReplyDelete

Life of EMY...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FEEDJIT Live Traffic Feed