ak ke bowingan ! tolong ! help !
pe nak bwat pon xtawu, roomate sume bz menyetlekan hal dowang tuk ke UPU. ish...
BOWINK ! BOWINK ! BOWINK !
tteetttttttttttttttttttt..........
OMG ! wat happen? wat happen to? FMC n BCB bwat hal? sape salah? sape tolak sape? adoi... kecoh gyle okeyh. kenape sume ini terjadi? ish... sape-sape yang pengikut setia SHOWDOWN 2010 like me (wah ! bangga jap ), mesti tawu pasal kontroversi yang tengah melanda skunk kan? adoi... sape push sape, sape patut kuar n wateva biar je la judges yang bwat keputusan. kite xpayah la kutuk-mengutuk antara satu sama len. tapi afta dis hopefully, da same thing xkan berulang. RULES is da RULES ! sape pon xley langgar rite? so, be a pro n gentleman la... nak bertanding, bertanding secara adil. peace yo ! =)
*p/s: ape pendapat kowang tentang ape yang berlaku? patut ke xpatut?
p/s: adakah kami berjaya menaiki bus yang betol? adakah kami selamat tiba d ALAMANDA? segala persoalan akan terjawab. ttettttt........
plan nak masok study actually da lama, tapi bese la asek tangguh, tangguh je keje. sampai la dapat offer letter dari MMU pon i nak tangguh lagi for next year. sampai abah cakap " asek tangguh, tangguh, bila nak study neh? mulut asek bosan, bosan, g la study " haa... amek ko, setempek kat muka. hehe... =P actually bukan xnak study tapi cam i'm not ready yet lor... afta dat, 3 days before due date for reply confirmation letter to MMU, dengan tiba-tibanya ( wah ! ley bikin suspen neh ) secara tiba-tiba keputusan d bwat tanpa rase bersalah, saye nak masok MMU abah ! hahaha... next day, we went to KL afta dat settle all da things. tapi sumenya menjadi kelam kabut. gyle kan? nothing preparation, all da things tuk masok hostel xbawak. haish... memang sume kelam kabut. tapi at last Alhamdulillah. everything settled. now, im MMU student !!!! ttteetttttttttt...
i'm almost 1 month be as a campus student. hepy, fun n scarry pon de gak kadang-kadang. hehe... now i'm trying to make fwenz. lalalala... =)) ok la, dat's it. i will continue dis entry later ok... i'll make it part by part, banyak sangat nak share neh.
to b cont...
p/s: dun do anything on last minit. jadikan ni sume sebagai pengajaran. hahaha... smileeeee.... =D
Setiap wanita harus tahu jenis rambut yang dimiliki sama ada jenis kering, berminyak, kusut, mengerbang, rosak, tidak kuat (mudah putus), normal atau berwarna. Setelah mengetahui jenis rambut yang dimiliki barulah boleh memilih syampu dan perapi yang tepat. Jika tersalah pilih, rambut akan bertambah rosak!
“Atas sebab itulah, jangan pandang remeh tentang pemilihan syampu dan perapi. Untuk memiliki rambut idaman, pilihlah yang paling sesuai atau tepat untuk rambut. Selain itu, teknik menyampu rambut juga perlu betul. Cara yang salah akan menyebabkan akar rambut mudah tercabut.
* p/s: sharing from internet ! =)
sungguh memalukan !
Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri.
Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pusat spa terbabit sudah dua kali diserbu pihak berkuasa, namun pengusahanya tetap berdegil dengan menjalankan aktiviti tidak bermoral.
“Ketika pemeriksaan dibuat, kelima-lima wanita berusia lingkungan 20-an gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan kita percayai mereka tidak mempunyai dokumen sah.
“Semua mereka kemudian dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas pemiliknya yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu.
Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.
Ketika serbuan, terdapat tujuh tukang urut berada di dalam bilik masing-masing bersama pelanggan, bagaimanapun sebaik menyedari premis mereka diserbu, mereka bergegas melarikan diri.
Lima daripadanya diberkas sebelum polis mengarahkan mereka supaya menutup tubuh bogel dengan tuala.
*p/s: it takes from HARIAN METRO
KUALA LUMPUR: Mereka rela bekerja sebagai gadis urut kerana mahukan wang lumayan dengan cara mudah tanpa mengira halal haram, namun impian itu tidak kesampaian selepas terperangkap dengan kontrak disediakan tauke rumah urut.
Lebih menakutkan, mereka diwajibkan bekerja tidak kurang dari 10 bulan dan tauke memberi amaran akan menghantar samseng untuk mencari gadis urut yang berhenti kerja atau melarikan diri sebelum cukup tempoh itu.
Perkara itu didedahkan seorang gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Camelia, 27, selepas menyesali perbuatannya dan berasa diperbodohkan oleh majikan sepanjang bekerja sebagai tukang urut.
Dia kini melarikan diri daripada bekerja di premis rumah urut berkenaan dan mahu mencari pekerjaan lain.
Camelia berkata, ketika diterima bekerja, dia diwajibkan menandatangani kontrak bekerja selama 10 bulan dengan merelakan gaji dipotong sebanyak RM400 sebulan, sekali gus membolehkan si tauke memperoleh untung atas angin sebanyak RM4,000.
Selain dipotong RM400, kontrak berkenaan memerlukan wanita terbabit merelakan apa saja potongan yang dibuat.
“Jika premis kena samun atau rompak, gaji kami kena potong sekitar RM100 hingga RM150. Jika lewat datang kerja sejam kena potong RM100 dan jika tidak datang kerja gaji kena potong antara RM200 hingga RM300. Dari semasa ke semasa ada saja potongan gaji yang dikenakan ikut suka hati mereka,” katanya.
Menurutnya, beberapa syarat dikenakan juga tidak masuk akal, antaranya jika sakit perlu datang ke premis untuk tempoh lebih dua jam bagi membuktikan benar-benar sakit.
“Paling saya takut, jika tidak bekerja sehingga tamat kontrak, tauke akan cari sehingga ke rumah dan melakukan lagak seperti samseng. Ada rakan yang lari pernah kena begitu. Sekarang saya takut juga kerana melarikan diri daripada bekerja di premis itu,” katanya.
Rozita mengakui menyesal bekerja sebagai tukang urut dan menasihati wanita lain supaya tidak melakukannya.
“Memang pekerjaan itu kononnya boleh dapat banyak wang, tetapi kita sebenarnya dipergunakan habis-habisan,” katanya.
*p/s: kerana nak kejar kekayaan ape saje sanggup dilakukan. haish ! actually banyak lagi keje yang halal, x payahla nak kaya cepat akibatnya termakan diri sendiri. jangan cepat percaye dengan perkara yang boley cepat kaya! hurmm... =( dis article forwarded from HARIAN METRO. sekadar untuk berkongsi.
*p/s: this article from HARIAN METRO. actually benda macam neh x patut berlaku sama sekali. CINTA x boley dipaksa okeyh ! neh sume bermen dengan perasaan dan hati setiap individu. kejam betul dat guy sanggup bwat gurl tuh sampai macam tuh. betul2 dayus ! huh ! kalo sayang sekalipon tapi jangan sampai dibelasah. rite? =( tapi ak tawu xsume lelaki macam neh kan, sape setuju?? hehe... =))
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
2. Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
3. Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM
4. Bagi minuman rin gan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM
5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
6. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM
7. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
8. Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM
9. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus
10. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM
11. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual
12. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM
13. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut
wallahu'alam
*p/s: ini hanya perkongsian dari email yang saye terima. percaya atau tidak, terpulang...
okeyh, dat it! jom ramai2 menjoinkan diri ke contest ini okeyh! =P